05 February, 2010

Tarikh Gaji

22 January, 2010

Wasiat Imam Syafie



Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :
Pertama :
Hak Kepada Diri
iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut
iaitu mengaqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah
Ketiga :
Hak Kepada Kubur
iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat :
Hak Kepada Munkar Nakir
iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima :
Hak Kepada Mizan
iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan
Keenam :
Hak Kepada Sirat
iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman da suka berjemaah.
Ketujuh :
Hak Kepada Malik
iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan
iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
Kesembilan :
Hak Kepada Rasulullah SAW
iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.
Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT
iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

21 January, 2010

Koleksi Gambar

17 December, 2009

akhlak Islamiah

15 BUKTI KEIMANAN

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, “Siapakah kamu ini ?”

Jawab kami, “Kami adalah orang beriman.”

Kemudian baginda bertanya, “Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?” Jawab kami, “Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?”

Tanya Nabi s.a.w, “Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?”

Jawab mereka, “Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk.”

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, “Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?”

Jawab mereka, “Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu.”

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, “Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?” Jawab mereka, “Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh.” Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, “Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi.”

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, “Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat.”

05 May, 2009

SEPULUH WASIAT IMAM HASSAN AL BANNA

(1) Apabila saudara mendengar azan,maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al quran,atau tatapilah buku-buku ilmiah,atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul;kerana bahasa arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar islam)

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa jua kebaikan.

(5) Janlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi temteram.

(6) Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tadak mengerti melainkan bersungguh-subguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengupat keperibadian orang lain,mengacam pertubuhan-pertubuhan,dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dangan tiapa-tiap saudara ikwan muslimin yang saudara bertemu dangannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan;kerana asa gerakan dakwah kita berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) kewajipan-kewajipankita lebih banyak daripada masa yang kita ada pada kita;oleh itu tolonglah saudara sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sengiri maka ringkaskan pelaksanaannya